31 Mei 2013

Kurang Sihat :(

Assalamualaikum

Semalam tanda-tanda kurang menyenangkan dah muncul. Biasalah tekak perit dan sok sek sok sek hidung bunyi. Apalagi kalau bukan selsema kan. Hmmm. Oshin ni payah demam rasanya tapi sekali kena aduhai memang merah dan melecet lah hidung nanti. Perkara paling cuba nak elak tapi tak mampu nak elak.

credit : Google Picture

Penyakit ni kira penghapus dosa. Ye dak ? Kalau silap harap diperbetulkan. Tapi tak la panas sangat badannya, kira masih bertenaga untuk bergerak sana sini. Paling penting still boleh bekerja. Hee. Tak pernah lah Oshin amik MC sebenarnya sepanjang kerja. Rugilah cuti 14 hari yang diperuntukkan tu. Haha. Kalaulah company baik hati nak bayar balik cuti-cuti yang tak diambil tu best jugak kan. Tapi memang tak lah nak dibuat macam tu.

Memandangkan tak berapa nak hot demam ni maka tak makan ubat lah. Hehe. Bukan takut tapi memang pesen takkan makan ubat kalau tak berapa nak teruk. *Konon taff lettew* Semoga Oshin cepat sembuh. Amin.

1 ulasan:

Normi Nieza berkata...

moga cepat sembuh..:)