23 November 2012

Resepi Serawa Durian

Photo: hamek ko seperiuk serawa durian ! ngeh3
Serawa Durian
Bahan-bahan :
Durian (ikut suka berapa biji)
Santan
Gula (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)
Gula Melaka
Daun Pandan (2 helai diikat)

Cara membuat :
1. Masukkan durian dalam periuk (janganlah masuk dengan kulit-kulit sekali). Kalau banyak pakailah periuk yang besar.
2. Perahkan santan ke dalam periuk yang berisi durian tadi. (Pastikan jumlah santan tu menutupi durian)
3. Masukkan daun pandan.
4. Panaskan sambil kacau sentiasa.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. (kalau rasanya kurang manis tambah lagi gula)
6. Masukkan gula melaka. (tak nak letak pon takpe)
7. Kacau sehingga pekat, likat dan cukup kemanisannya. hihi

Serawa durian ni boleh dimakan dengan roti, biskut kering, roti jalan atau pulut nasi. Selamat mencuba !

3 ulasan:

Anum berkata...

bleh cuba nie

^^eKaTiKaH^^ berkata...

Wah.. nampak mudah... boleh try nie..hee.. :D

AenuMiza berkata...

huhu nyummy kt umah pn baru buat..tp serawa aku coklat skit..cz taruk gula melaka byk...nyummy