setiap orang ada perspektif masing-masing tentang CINTA. betul kan. CINTA itu terlalu subjektif dan tidak hanya merangkumi CINTA sesama manusia malah boleh juga merangkumi CINTA yang abadi iaitu CINTA pada Allah, Tuhan yang Maha Esa. selain itu CINTA pada pemandangan, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam semesta.
tapi kita sering alpa dan terleka pada CINTA pada manusia/insan sekeliling. setiap manusia perlukan CINTA. ada yang telah lengkap CINTA nya bila bersatu bersama pasangan yang diCINTAinya dan dikurniakan pula zuriat bagi menyambung generasi dan pengikat kasih sayang antara dua insan.
bagi sesetengah yang lain pula masih hilang arah dalam mencari CINTA sebenar tanpa sedar CINTA abadi hanya pada DIA. ye manusia sering alpa dan lalai. seringkali lupa seringkali leka. aduhai kenapa sering terjadi sebegini. tapi itulah dugaan dan cabaran yang setiap manusia lalui untuk diuji oleh penciptaNya.
CINTA pada manusia tak semuanya kekal. kebanyakkan yang kita jumpa atau temui berakhir hingga ke jinjang pelamin dan dianugerahkan zuriat hingga hembusan nafas terakhir. tapi ada juga yang CINTA nya kecundang di pertengahan jalan. selama mana perCINTAan itu terjadi tapi seandainya di catatan Luh Mahfuz tidak tercatat maka akan berakhir juga hubungan itu.
ada juga pasangan yang hanya berkenalan tidak sampai sebulan mahupun seminggu tapi andai kata itu lah JODOH maka bersatu lah mereka. siapalah kita untuk pertikaikan perjalanan yang telah ditentukan. seandainya seseorang itu masih tidak lagi menemukan jodohnya. janganlah dibebankan fikiran mereka tentang bila masa jodohnya akan tiba.
bagi yang berCINTA lama tapi hubungan tidak kesampaian. tidak bermakna anda tak boleh tangisi atau bersedih. tapi biarlah berpada. bila difikir dari sudut positif pasti anda akan menjadi lebih kuat untuk teruskan hidup. YE memang orang lain tak boleh rasa apa yang anda rasa. tapi mungkin mereka juga ada pengalaman sama seperti anda cuma mereka bijak menyembunyikan perasaan. orang yang memendam rasa bila kecewa lebih parah sakitnya berbanding anda yang sentiasa ada pendengar setia. jadi jangan salahkan mereka andai ada yang bicara, "Semua yang berlaku ada hikmahnya"
satu hal yang kita sering dengar "CINTA ITU BUTA" sebenarnya bukan CINTA yang buta tapi empunya diri yang buta. maaf jika ayat ini kedengaran kasar. bukan buta dari segi pandangan atau penglihatan tapi dari segi perasaan. sesetengah pasangan seakan-akan buta bila bercinta. bila da mula berkasih sayang dan CINTA hangat berapi, seakan-akan lupa batasan yang ditetapkan. masih belum diakad tapi cara seperti yang halal di sisi agama. ada juga yang sudah mempunyai pasangan halal tapi kerana CINTA lupakan pasangan yang sah di sisi agama. itulah bahana CINTA.
terpulanglah pada diri masing-masing bagaimana mau mencorakkan CINTA itu. CINTA yang sekadar dijadikan permainan duniawi atau CINTA yang mengejar syurga di atas sana. pilihan itu terletak di hati dan tangan masing-masing. dan jangan dilupakan CINTA pada Ilahi yang kekal sampai bila-bila.
2 ulasan:
assalamualaikum oshin...betul tu cinta pada manusia x kekal lama tapi cinta pada Allah selama2nya kekal...:)
waalaikumsalam mama...kannn semoga kita sentiasa mencintai DIA
Catat Ulasan