20 Jun 2012

Kisah Lawak 1

Bermula lah satu kisah lawak hari ni . Haha . Oshin da mula nak merapu nih . Jangan marah u ols ~ Eh macam ni la . Meh Oshin ceciter kat korang .

Semalam ayah ajak ke Jusco Bukit Indah sebab nak survey baju sukan . Ayah kata nak beli untuk pasukan dart ofis . So Oshin , ayah dan adik laki bertiga je la . Sebab mak Oshin ada seminar dekat JB . Moral kat sini Oshin sorang je pompuan . Haha . (Langsung tak lawak oke) .

On the way balik rumah ada la satu kereta Toyota Camry ni . Bawak memang laju la . Dekat traffic light boleh pulak main dem lampu . Padahal lampu merah bro . So ayah da masuk simpang driver toyota ni tekan minyak dan memotong kereta kami . Ayah pun ok je la . (Padahal nak tekan minyak jugak tu)

Sampai satu selekoh ni . driver Toyota Camry ni bukak signal la nak belok . Yang lawaknya dah tentu selekoh tu memang terus belok kan . Siap ada papan tanda BESAR warna kuning lagi tanda jalan selekoh . driver ni punya la KONON pemandu berhemah pergi bukak signal . tapi nak kata berhemah sangat tu tak la . sebab bawak laju macam jalan tu Litar F1 punya . Kitorang bertiga dalam kereta ketawa besar la . Bawak kereta macam samseng tapi dekat selekoh bukak signal . Okey Tahniah la driver Toyota Camry J** 9*** . haha .

3 ulasan:

Cik Asma BLuppy berkata...

berhemah tak kena tempat tu..hahaha

KuNanGKuNanG berkata...

haha..nk tunjuk bagus le tu tp xkene tempat..cian driver tu..he3

Nurul Akmal berkata...

Hehehe tu orang panggil berhemah x kena tempat..