28 Jun 2012

Cantik Ke ?

Makna bagi perkataan 'cantik' adalah terlalu subjektif . Pelbagai benda dan cara kita gunakan perkataan itu sendiri . Betul tak ? Tidak semestinya lebih kepada paras rupa seseorang . Sebagai contoh :

"Eh, cantiknya Oshin !" (ni ayat masuk bakul ye)

Kita juga gunakan perkataan 'cantik' ini untuk menggambarkan sesuatu perkara . Contohnya :

"Subhanallah . Cantiknya ciptaan DIA" (ini merujuk kepada pemandangan)

Ataupun kita gunakan perkataan 'cantik' tu bila melihat sesuatu benda . For example :

"Sayang, cantik kan baju ni . Tolong bayarkan boleh ?" (ni minta sedas penampar tau haha)

Tapi ada juga yang gunakan perkataan 'cantik' ni untuk tegur orang . Contoh :

"Tolong cantikkan sikit bahasa kau ye !" (haaa sentap tak)

Rasanya banyak lagi kot penggunaan perkataan 'cantik' tu . Tapi Oshin senaraikan mana yang terlintas di hati dan fikiran . Cewah .

TIADA GUNA CANTIK PARAS RUPA TAPI TIDAK CANTIK BUDI BAHASA

5 ulasan:

Cik Beruang berkata...

betul tu oshin. kalau cantik, tp mulut puaka mmg tak layak diambil buat menantu. tak gitu? muehehehe

Abg Stalker berkata...

lebih cantik jika akhlaknya cantik :)

nadia farhana berkata...

yup3 baik cantik hati dan budi bahasa :)

Kira Kekuri berkata...

cantik perangai itu satu bonus :D

MyMy berkata...

tulisan kt post entry ni semua kecik kn? huhu
sorry..
nati dian ubah setting dia k..