Pages

21 Disember 2011

memori berkenalan

assalamualaikum...

oshin nak kongsi ngan korang satu rahsia nih. haha. nak kata rahsia tu tak sangat kot. sebab oshin ni minah kepochi. semua benda kalau boleh nak kongsi dengan orang. haha. kepoh tak ? tapi takpela kan. dari oshin cerita pasal orang lain baik cerita pasal diri sendiri. tak menambah dosa yang da sememangnya sebeban dosa dari kecik nih. hoho.

first couple oshin : 
kenal sebab beliau salah nombor. masa tu tengah sedap bantai tido ada pulak orang call pepagi buta. disebabkan tak nak ganggu orang lain yang tengah diulit mimpi oshin angkat la. dia nak cakap ngan sape ntah. oshin tak ingat. yang oshin tau kata salah nombor. then pagi tu bangun tido ada mesej. mamat ni anta mesej cakap nak kenal. so lepas tu kenal kenal dan declare couple. bertahan dengan dia dalam setahun je kot. sebab orang ketiga. hihi.

second couple oshin :
kenal melalui KampungChat. haha. sesapa yang lebih kurang umur oshin mesti tau kan benda nih. masa ni oshin tengah blaja kat U. orang sibuk belajar oshin cari boipren plak. haha. dengan dia nih lama la jugak. hampir tiga tahun. tapi dia da kawen skang. oshin pon still baik ngan keluarga dia TAPI bukan dengan dia. tak nak cite da pasal dia nih oke =)

third couple oshin :
kenal kat YM. masa tu masuk yahoo chat. tak silap kat room Johor kot. dia yang tegur dulu. mula tu borak macam biasa la kan. then dia call oshin pulak. tiap pagi dia wajib call oshin. YM pon tiap hari. so far dengan dia memang happy dan selesa. walaupun ada masalah oshin tak rasa terbeban. tapi mungkin takde jodoh kitorang putus cara baik. tapi yang sebenarnya terpaksa putus. hoho.

so sekarang ni lepas hampir setahun lebih putus oshin masih kekal SINGLE. haha. bangga seh jadi solo nih. ececeh. kalau ikutkan semua couple oshin kenal guna social networking. so lepas ni nak cari yang depan mata. tapi yang depan mata tak pandang oshin pon. haha. kalau ada pon setakat nak main main je. tak serius mana. memandangkan umur da meningkat ni takkan la nak main main lagi kan. adik pon da lepas. sape la yang tak nak kawen kan. sunnah Nabi tuuuuuuu.

Tiada ulasan: