15 Oktober 2011

tolong jangan menyampuk oke !

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.
Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang tersebut, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat.
Masuk saja ketandas, aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang
disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,
"Haa, camna sekarang ?"
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi,
"Kau nak gi mana ni??"
Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit".
Lepas tu, suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata,
"Hei, aku call kau balik lepas ni laa.. tiap kali aku tanya
soalan kat kau, mamat bodo kat sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap.

3 ulasan:

wanie misa amane berkata...

hahaha. nape jawab dia tanya. err kalau wanie senyap jerr. sbb xtau dia ngah ckp ngn sapa unless dia ada mention nama. :D

AenuMiza berkata...

hahaha gelak berguling2 sugguh lawak

Atiqah Wadiah berkata...

haha~lawak weyh..jdkan ia sbg p'ajaran ok :)