6 Ogos 2011

gosip sana gosip sini.....

assalamualaikum....

ha oshin bukan nak bergosip tapi saje cari gosip.. haha.. abaikan.. kalau diperhatikan sejak akhir akhir ni makin kencang sekencang kentut dilepaskan ke udara pasal gosip penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) aka Apek ngan tunangnya Aimie Harmelia aka cik Jejariruncing.

beberapa ari lepas kecoh pasal putus tunang dan masing masing saling berbalas kenyataan. tetibe arini lagi gempak bila blogger blogger buat entry pasal Apek dating ngan 'adik' beliau iaitu Dahlia Teck. tak tau la nak kata ape kan. masing masing nak tegakkan keadilan dan kebenaran. makin lama makin banyak yang orang tau. daripada disimpan selama ni terus dibongkar satu persatu.

ok. stop kat sini citer diorang.

bukan setakat orang orang glamer je yang ada gosip. oshin pon ada tau. haha. tapi oshin tak glamer macam depa. takde la sampai masuk paper, majalah ngan tv tu. ngee. cuma situasi oshin ni terkena gosip yang tak berasas.

contohnya macam ni la. oshin keluar makan ngan sorang lelaki. bukan boipren tapi kawan keje. so macam biasa je la kan cara kitorang. anggap takde ape ape. tapi ada pulak kenalan mak ngan ayah oshin ternampak kitorang. bila jumpa mak terus la diorang tanya kat mak. 

'eh, aritu nampak anak makan ngan kawan lelaki die. boipren ke'

haha. oshin memang gelak besar. asal makan berdua ngan laki je kene gosip. ish ish makcik nih. saya single n available la. takde boipren pon. nak g makan tu pun saya mintak izin ngan awek die dulu tau. haha. yang tak leh blah tu siap cakap boleh tahan budak laki tu. huahuahua. kelakar la makcik nih.

tu kira gosip biasa la kan. gosip yang paling oshin terkedu bila ada orang buat cite tak betul. jadi penyampai gosip bertauliah. jadi tukang hasut sana sini. orang lain tak kata apa tapi dia plak yang lebih lebih. kadang kadang kesian tengok orang macam ni. bila orang da tau cara dia bawak gosip tu terus dia cari orang orang baru untuk sampaikan gosip. kalau orang baru tu percaya nasib la. tapi kalau pandai gunakan otak, datang jumpa orang yang kene gosip tu tanya kebenaran.

kalau ikut emosi kurang stabil memang oshin tembak kaw kaw orang macam tu. tapi masa tu emosi boleh dikatakan rilek takde la buat kecoh. cuma bising bising ngan kawan lain la. hihi. nak kata budak da akil baligh. boleh berfikir panjang dan rasanya a PERFECT person kot. mana nya oshin tak kata dia PERFECT sebab kat mata dia ada je yang salah tentang orang. dia always right. dan benda ni bukan setakat gosip kat oshin tapi orang orang lain jugak.

tapi kadang kadang gosip ni boleh glamerkan kita kan. haha. tu yang seronok. cuma kalau gosip gurauan oke la lagi. tapi kalau gosip yang menjatuhkan maruah dan air muka agak kurang sopan jadinya. sama sama la kita mengingatkan diri. kita sebagai makhluk Allah semuanya tak sempurna. ada kekurangan dan kelebihan. renung renung kan dan selamat beramal ^____^

2 ulasan:

Abang Stalker berkata...

manusia suka cri silap org,sdri pny x nmpk.dan masing2 xnk mengaku kalah,sentiasa nk menang.haihh~


bergosip jgn ckp la,ustazah dan ustaz pun kdg2 tergosip jgk.terbukak mlt jgk kn.so kesimpulannya,manusia xde yg sempurna. :)

osHin berkata...

yup...nobody perfect !