Pages

19 Ogos 2011

Antara impian dan realiti

assalamualaikum...

baru la oshin rasa nak hapdet entry petang ni. lagi enam puloh minit oshin nak cabut balik. haha. bukan ponteng keje oke. memang untuk bulan yang penuh barokah ini kami dibenarkan balik sejam awal. tapi kalau dapat lagi awal lagi best kan. haha.

* da bagi betis nak peha. erk peha ko tak sedap oke *

setiap insan dalam muka bumi Allah ini ada impian masing masing kan. sama jugak macam oshin. tengok je la kat wishlist oshin belah kanan bawah penghujung dunia tu. ada pelbagai impian nak dikecapi. tapi realitinya hanya berapa yang dah dicapai.

inilah kehidupan kita. penuh dengan impian dan angan angan. tapi tak mustahil dengan angan angan tu impian kita boleh jadi kenyataan kan. tapi macam mana nak jadikan semua tu kenyataan.

gunakan istilah ini.

D.U.I.T

D = > Doa
U = > Usaha
I = > Ikhtiar
T = > Tawakal

istilah ni dah lama rasanya digunakan. masa zaman oshin belajar dulu da diwujudkan. cikgu oshin yang bagitau. 

* tapi tak ingat cikgu mana *

tak salah untuk kita mengimpikan sesuatu. tapi kalau terlalu tinggi impian tanpa ada DUIT segala tu tak bermakna. dan kerana ini jugak oshin ingin mengorak langkah untuk mencapai impian agar semua impian ini menjadi REALITI. insyaAllah.

* kawan kawan pon boleh gunakan jugak *

dan jangan ingat DUIT itu hanya satu benda yang kita boleh gunakan untuk beli apa sahaja termasuk maruah, kasih sayang dan lain lain. tapi DUIT tu jugak ada makna yang tersendiri.

* renung renung kan dan selamat beramal *

2 ulasan:

unknown berkata...

Smge impian anda jadik realiti..

=)

oshin berkata...

thanks !!!

:)