Pages

6 Mei 2011

pergi takkan kembali

assalamualaikum

hari yang dilalui semakin hari semakin suram. aku tak pasti apa lagi yang harus aku lalui. terlalu berat dan payah untuk diluahkan. segalanya tak mungkin kembali seperti dulu lagi. aku semakin hilang jejak. aku semakin hilang kekuatan. tapi aku sedar. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

sealpa mana hamba-Nya. DIA tak pernah tido dan lalai dalam menjaga kita. hanya kita yang sering lupa dan lalai dengan duniawi. aku perlukan kekuatan untuk teruskan kehidupan yang bila-bila masa ja akan berakhir. walaupun ada yang gembira bersama aku namun ada juga yang membencikan aku.

bila melalui saat-saat seperti ini aku jadi sangat rindukan arwah. ingatan padanya tak pernah hilang. tapi aku perlu teruskan kehidupan. apa pun yang jadi aku harus kuat. biarlah air mata yang menemani aku untuk beberapa detik ni. tak siapa faham apa yang aku lalui. tak siapa yang mengerti.

mungkin aku hanya persinggahan di kala inginkan kesenangan. dan dibiarkan tika aku dalam kesusahan. aku redha. ramai lagi yang menderita dari aku. aku harus kuat dan tabah. Tuhan menguji aku kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku. aku pasrah dan aku terima.

abg. cepatnya abg pergi. saya rindukan abg. abg tau tak ? diorang tak nak faham apa saya rasa. abg je dapat tenangkan hati saya. rindunya kat abg. bila dalam keadaan macam ni saya ingat semua kenangan kita. rindu nak borak ngan abg pagi-pagi. rindu nak gurau ngan abg. saya rindu nak dengar abg cakap i love u. saya rindu semuanya tentang abg. ya Allah ampunkan lah dosa-dosa arwah. permudahkanlah segala perjalanannya di alam sana. al-fatihah.


kalau awak baik hati picit la sini yep. KLIK

2 ulasan:

zuwaidah berkata...

Banyakkan bersabar. Dan kita harus ingat bahawa semua itu hanyalah pinjaman sementara yang diberikan oleh ALLAH dan Dia juga berhak ke atas hambaNya.

oshin berkata...

yup...sy cuba kuatkan semangat..thanks