11 Mei 2011

perbezaan pelajar melayu dan pelajar bangsa lain :(

assalamualaikum

cik oshin nak kongsi sikit la pengalaman ngan korang sume. pasal pelajar melayu kita ngan pelajar bangsa lain. sangat memalukan sebenarnya. huhu. macam ni cite nye.

keje cik oshin sebagai petugas di Pusat Jalurlebar Komuniti a.k.a PJK *penah dengar tak. kalau tak penah meh jenguk kat sini. PJK. selain daripada menguruskan pusat ni, tugas cik oshin mengajar komuniti tentang komputer. daripada basic Ms Office sampai la ke aplikasi elektronik.

walaupun skill mengajar tu memang hampeh la kan tapi cik oshin cuba juga kongsi ilmu masa blaja dulu ngan diorang sume. ala. bukan ajar diorang yang advanced pon macam hack sistem. ajar yang simple je kan. budak tadika pon pandai.

tapi yang cik oshin sedih sangat bila mengajar ni. nampak perbezaan yang sangat ketara antara mereka. pelajar melayu yang datang tak kira la pelajar sekolah mahupun dewasa. bila dapat komputer tangan tu tak sah kalau tak bukak facebook. kita ajar lain dia bukak lain. mana la cik oshin tak jadi singa. huhu.

tapi berbeza plak ngan bangsa lain. bila masa blaja mereka akan tekun blaja. tak kira la kita ajar apa pun. diorang akan fokus. kalau nak bukak internet pon mintak kebenaran daripada cik oshin. kalau pelajar kita jangan harapla. ikut kepala diorang jep. kalau yang datang gunakan pc plak. niat asal datang nak buat keje sekolah atau cari maklumat. cakap ngan mak bapak pon camtu. tapi bila da dapat ke laut la jawabnya. haish.

memang menyakitkan dapat pelajar macam ni. macam mana la melayu nak maju. benda asas pon da tak nak guna. ape lagi nak maju ke benda lagi hebat. sebab tu melayu banyak kene tipu sebab ilmu cetek. tak nak cari cuma menunggu untuk disuapkan. dan sebab tu budak-budak sekarang memang susah nak dengar kata. sebab dari kecik ilmu tak nak diberi dan diamalkan.

let's eat Chupa Chup :-)

it's heaven here :)

2 ulasan:

CutieIntan berkata...

huhuhu...still teringat kisah masa jadi cikgu sandaran dulu..masuk jer kelas boleh pulak dorang tanya cikgu dah kawen ker belum..padahal baru darjah lima..haduii budak2 sekarang

osHin berkata...

tau takpe..budak skrg lebih advanced dari kite...huhu