18 Mei 2011

kau nak review blog orang, blog kau da cun sangat ke ?

assalamualaikum

sentap mak baca tajuk post ko nak. *tangan ke bahu mata juling ke atas. huhu. takde niat nak perkecilkan sesiapa atau menuju ke sesiapa. entry kali ni sekadar berkongsi pendapat dan pandangan saje. huhu.

kalau korang perasan la kan sebelum ni cik oshin ada buat entry pasal blog cik oshin di review oleh beberapa orang. cik oshin sangat menghargai pandangan diorang. tapi sampai ke arini tak sempat nak uabh apa-apa yang patut. hahaha.

dan rasanya sekarang pon makin ramai kot yang buat segmen review mereview nih. pada cik oshin la kan. sebagai newbie dalam blogger nih tak salah kita nak mintak review dari orang lain kan. ye la manusia tak ada yang sempurna kan. setiap seorang ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

kalau kita rasa apa yang kita buat tu da cukup perfect tak perlu lah nak mintak pendapat. tapi pada cik oshin sampai bila-bila pon kita memerlukan pandangan dan pendapat dari orang sekeliling untuk perbaiki diri ke arah yang lebih baik.

sama jugak macam blogging nih. tak semestinya apa yang kita tulis dan design blog tu da cukup perfect. pada orang lain ada yang menyakitkan mata dan kurang menarik. so tak salah kan kita mencuba sesuatu yang lain. YE. lain orang lain pendapat. kadang-kadang kita kene ikut apa yang kita rasa. tapi untuk mencuba sesuatu yang baru mungkin lebih menyeronokkan.

jadi janganlah menuding jari atau menegur tentang orang yang buat segmen review-review nih. kita yang mintak direview jadi kenela berfikiran terbuka kalau kene hentam kan. ngee. nobody perfect guys :)

p/s : jangan tersentap yep kalau baca entry nih. cuma pandangan jep :)

let's eat Chupa Chup :-)

it's heaven here :)

5 ulasan:

Srikandi Bonda berkata...

Betul tu.. setuju! ^_^

zaidah berkata...

betul tu...klu review blog orang review dulu blog sendiri...

zacky ~786~ berkata...

hang betoii ~

osHin berkata...

mari angkat tangan dan buat tanda peace macam saya V(^_^)V hehe

d_tieah berkata...

A'ah, memang banyak yang buat segmen review ni.. Padahal si penganjur tu tak pernah pun masuk blog tu.. Tetiba nak review blog kite kan??? Cam tak best lah.. Itu pendapat aku.. Better silent reader or pembaca setia kita yg review blog kita dengan sendiri nya.. Lagi syok kot..

Entry Terbaru : Usop Wilcha Nak Jadi DJ Radio???