Pages

21 April 2011

nasi lemak = obesiti

nasi lemak penyebab OBESITI ??? betul ke. betul kot. tapi macam tak betul. haha. cik oshin da konpius nih. rasanya takde la 100% penyebab kegemukan tu. sebabnya dari zaman nenek moyang kita da ada kot nasi lemak ni kan. even kite sendiri yang da dewasa ni selalu je makan nasi lemak ari-ari. mungkin sebab dikatakan punca obesiti ni bila kita makan nasi lemak mesti ngantuk. pastu tido. makanan tu tak abis hadam lagi da terbongkang. lepas tu jadi lemak tepu. tu yang lemak berkumpul-kumpul dalam badan kan. tapi tak semua macam tu.

biasalah budak-budak. selera makan diorang memang tinggi. sebab diorang nak membesar. jadi kene la banyak makan untuk bagi tenaga kan. masa belajar ni banyak gunakan otak, fizikal dan mental. so tenaga yang diorang dapat dari makanan ni la yang membantu secara keseluruhannya. tapi bukan hanya nasi lemak je yang jadi penyebab. faktor makanan-makanan lain pun ada jugak. contohnya makanan ringan seperti jajan, minuman bergas, makanan cepat makan fast food. ini jugak salah satu penyumbang kepada kegemukan seseorang.

bila kerajaan menghadkan penjualan seminggu sekali nasi lemak di kantin sekolah. agak-agak effect tak pada peniaga tu. baik-baik jualan da oke sekarang ni berkurang sebab hilang satu mata pencarian. iaitu jualan bagi nasi lemak. hehe. bila budak gemuk takut jadi obesiti. kalau budak kurus plak nanti dikata mak bapak tak bagi makan. huhu. camne tu. perkara macam ni sebenarnya perlu kerjasama dari semua pihak. cara pemakanan tu mestilah dibentuk sejak bayi lagi. jangan dibiasakan anak-anakk dengan makanan yang kurang zat. nak makan tu boleh tapi jangan diamalkan selalu. kerana makanan ringan terutamanya boleh menyebabkan kelembapan pada otak kanak-kanak.

3 ulasan:

syuhadah rashid berkata...

yup2.. zaman tok nenek dulu depa mkn nsik lemak sbb depa kerja kuat.. kita ni mkn nasik lemak nanti tdoq kuat. :)

Unknown berkata...

wahhh...ramai tol org cite sal nasi lmak neh...btw,pg ni Cb breakfast nasi lmak...hahhaa...

oshin berkata...

cik oshin pon bekpes nasi lemak...2 bungkus tuh hahaha sbb nak gemok !!!