Pages

18 Jun 2014

Percutian : Tanjung Balai, Indonesia

Assalamualaikum...

Lamanya tak bersua. Huhu. Perangai kehilangan aura untuk berblog semakin pudar. Hmmm. Ada online tapi macam tak tahu nak celoteh apa. Jadi nak mula baliklah hari ni.

Kebetulan dapat cuti 3 hari berderet dan family berkumpul jadi ambil peluang cuti bersama. Lagipun masa tu ayah Oshin kena bawa rombongan Cuepacs dari Sabah, jadi join sekaki lah hihi.

Rombongan dari Sabah

Kami naik feri dari Jeti Kukup, Pontian jam 12 tengahari. Perjalanan lebih kurang sejam je nak ke Tanjung Balai ni. Tak terasa sangat sebab dalam feri ada tv. Pihak feri akan pasang apa-apa movie untuk tontonan kita semua.

Tunggu bot tangkap gambar dulu

Oshin bersama mak dan auntie vogue

Sampai jeti hanya jalan kaki tak sampai 50m pun hotel. Hehe. Kami menginap di Hotel Holiday yang terletak betul-betul bersebelahan jeti. Lepas siap check in terus keluar cari makanan untuk lunch. Memandangkan sebelum ni Oshin ada pergi sekali dengan family, kali ni terus pergi kedai yang sama.

Kami di depan hotel

Kedai makan wajib pergi sebab Nasi Padang dia awesome!

Mostly, kat Tanjung Balai ni masakan nasi padang. Kedai yang kami pergi ni memang sedap belaka serta murah. Boleh buat pilihan sama ada nak makan hidang atau ceduk sendiri ikut citarasa hati. Hehe. Kalau tak silap Oshin, kiraan dia pada lauk yang kita ambil saje manakala nasi putih percuma. Haaa tu yang menarik kan?

Snap by Sabrina :)

Hari pertama tu tak banyak snap gambar. Lepas makan terus shopping. Fuhhh memang gigil kaki berjalan sakan. Kedai dah nak tutup pun sempat lagi singgah masuk. Hehe. Balik hotel mandi dan bersihkan diri, keluar lagi cari makan untuk dinner. Lepas tu? Pergi pasar malam pulak cuci mata. Dapatlah beli CD lagu untuk pakai kat kereta dan jam tangan. Peh, memang borong jam malam tu.

Kedai CD yang diterjah

Sempat jugalah beli kain pasang untuk buat baju raya nanti. Kat sini pandai-pandailah tawar-menawar. Kalau pandai mengayat komfem boleh dapat harga murah. Hihi. Kualiti pun ada yang okay dan lebih kurang je dengan tempat kita. So far yang Oshin tahu, kebanyakkan yang datang sini rombongan dari Pantai Timur. Hampir tiap minggu atau bulan mesti ada trip ke sini.


Trip 2 hari 1 malam ni memang bestlah sebab shopping saje. Haha. Lagipun Oshin kan stay area Pontian, kira kalau nak datang hari-hari dan balik hari pun boleh. Amboi, kemain kan. Hehe. Harga hotel pun boleh tahan murah dan affordable. Bilik luas dan selesa. Tapi tak snap pulak gambar bilik pasal dah kepenatan berjalan sakan.

Bolehlah masuk list tempat perlancongan untuk dijelajahi ye. See you again!

2 ulasan:

munamuni berkata...

Kite yg duk pontian ni x pernah g tanjung balai, huhu kesian...

Cik Asma BLuppy berkata...

hi, boleh x cerita macammana nk g sane? guna bot mcmmane? guna pasport x? sy baru rancangg nk ke sana tp xde tips. huhuh. thanks ye.