20 Mac 2013

Trip To Sabah : Day 3 (continued)

Assalamualaikum,

Maaf dipinta sebab story Oshin ke Sabah sangat lama tertangguh. Alkisahnya nak mengedit gambar yang seribu lebih tu sangatlah perlukan masa dan mood yang melonjak-lonjak. haha. Jadi Oshin amik kesempatan tatkala wifi kat rumah tak boleh pakai dengan mengedit segala gambar. Tapi itupun masih tak habis edit lagi. :( .. Maka Oshin sekadar kongsi gambar dan sedikit cerita ye sepanjang perjalanan ke satu-satu tempat. Gambar pon sangatlah banyak tapi dicantumkan untuk jimat ruang.

Dari Mimpian Jadi Resort, Tuaran kami bergerak menuju ke Kudat untuk ke Simpang Mengayau atau lebih dikenali sebagai The Tip Of Borneo. Kalau diperhatikan dalam peta bentuknya seakan-akan telinga anjing. Walau cuaca sangat panas membahang kat sini, bila dibuai angin yang kuat tu rasa nyaman saje. Dan yang pasti kulit Oshin burn ! haha. Sebelum sampai ke Kudat, kami singgah makan dulu di Kota Belud. Soto dia sangatlah enak. (Untuk makluman, di Sabah bila kita order soto bukan macam kat Semenanjung tau. Kalau Semenanjung soto tu soto nasi kan, tapi kat sana soto tu bihun yang kita boleh pilih nak ayam atau daging).

Perjalanan yang memakan masa hampir dua jam tu buat kami singgah sebentar di sini. Lebih kurang macam RnR lah kat Semenanjung. hihi. Tapi dinamakan Hutan Simpan Ulu Kukut di Kota Belud, Sabah. Boleh cuci mata melihat pemandangan sekeliling dan disediakan satu wakaf yang agak luas sekiranya ada yang nak tidur sebentar atau berehat bersama keluarga. Kami hanya posing amik gambar la.

Hampir tiba ke destinasi kami berhenti sebentar di kedai tepi jalan ni. Masa ni dah nampak laut terbentang luas. Terasa macam nak mandi tapi panas yang amat membantutkan niat. haha. Sekadar duduk mencuci mata lihat laut yang cantik dan menenangkan jiwa plus sakan bergambar dengan bermacam gaya dibuatnya.

Aksi yang gedik rasanya :lol:
Dan sampailah kami akhirnya di Simpang Mengayau ! Selama ni dengar je orang bercerita ingatkan tempat shopping rupanya penghujung Borneo dan satu tempat yang sangat mendamaikan. Ahhh rindunya nak ke sana lagi.

Pemandangan di Simpang Mengayau
We are HERE !
Aksi Cemerlang Pyan !
Again ! Aksi poyo :p


Tiga gadis Single & Available #eh
Bersama Pyan si Ultraman !
The Tip Of Borneo !


Panas membahang pun kemain sakan bergambar kan. Tapi bukannya selalu ke sini. Jadi gunakan masa sebaiknya dan kumpul kenangan sehabis mungkin. InsyaAllah mana tau satu hari nanti Oshin akan jejak lagi ke sini kan. Makin bertambah rindu nak ke sana lagi. Jom berkenalan dengan keluarga baru Oshin. Yang pasti sorang tu mesti ada yang kenal sebab dia blogger jugak :)

Kebetulan masa ke Kudat ni kami bagai merancang kaler baju. Padahal tak set pun. hehe. Ada la team biru, kuning dan merah. Nice tak ? First kenal yang baju kuning dulu. Of coz Oshin la kan, lepas tu yang cantik manis bertanduk tu Anis, dan yang lelaki tu Oyen. Status ? Senang kata jangan ganggu lah. haha. Baju biru pula yang bersebelahan Anis pada gambar bawah tu akak Oshin dan jugak Aunty Laila ibu kepada Anis dan MiszyDian (blogger cum Tourist Guide). Team merah pula terdiri dari Big Boss iaitu Uncle Sam, ayah kepada Anis dan Dian merangkap suami tersayang Aunty Laila. hehe. Jangan marah Uncle *peace*. Sorang lagi yang muka ala-ala Randy Pangalila tu adik kepada Dian dan Anis. Eh lupa nak kabo nama dia kan. Nama dia Radzi yang kami panggil adik. Inilah family baru Oshin ! Ada lagi sorang anak Uncle ngan Aunty tapi dah kawen dan stay kat Semenanjung. Oshin panggil Ummi.

Inilah kisah yang tak berapa nak kisah kat Simpang Mengayau. ahaks. Tapi kalau ke Sabah jangan lepaskan peluang tau ke Simpang Mengayau ni. Sangatlah menarik dan mendamaikan terutama buat sesiapa yang sukakan pemandangan di laut dan pantai.

8 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

syoknya

Normi Nieza berkata...

bestnya..:)

HaFizaH aYu berkata...

bestnya sempat pi sna..aritu pi kk xsmpt pi simpng mgayau ni

oshin kecik berkata...

hanum : memang syok hihi

kak normi : memang best hihi

ayu : masa ni seminggu kat sabah..kalau setakat beberapa hari mmg tak merasa la nak sampai :)

AenuMiza berkata...

trasa risau lak nk ke Sabah..sejak berita skang ni..tp tiket dh book dh..bln6 ni

oshin kecik berkata...

mieza : sabah area mana ? kalau KK insyaAllah selamat lagi...have fun k :)

Eca Dwinky Asha berkata...

eca yg org kudat ne pun jarang datang simpang mengayau tau.hahaha~

oshin kecik berkata...

eca : laaa orang kudat eh..kalau tau aritu leh meet kejap kan. hikss. tapi best sangat kat sini :)