Pages

23 Mac 2013

Taklimat Bersama SKMM

Assalamualaikum,

Pada 21 Mac 2013 yang lalu, Oshin dan rakan-rakan diarahkan ke JB untuk sesi taklimat bersama SKMM mengenai Program yang kami kena laksanakan. Semua Pengurus diwajibkan untuk menghadiri sesi taklimat ini. Jika Pengurus tak dapat pergi maka digantikan oleh Penolong Pengurus. Jadi Oshin berkongsi kereta bersama dua orang lagi Pengurus lain. Berkongsi kereta kan amalan yang baik, kata orang boleh jimat minyak dan kurangkan pencemaran udara. (Ada kaitan tak? haha).

Lebih kurang jam 7.40 pagi kami bertolak dari Pusat Internet Kg Sri Bunian dan menuju ke Hotel Grand Paragon di Johor Bahru. Best kan asal taklimat je buat kat hotel. kahkahkah. Oshin nak je kasi cadangan buatlah tiap-tiap bulan sebab kami suka pergi taklimat kat hotel ni sebab dapat makan free dan lazat tak terkata. haha. Maaf boss :). Siap terlajak simpang lagi gara-gara hari sebelumnya tak Google dulu kat mana letaknya hotel ni. Tapi nasib baiklah kami pakar jalan. cewahhh.


Lebih kurang jam 8.45 pagi kami sampailah ke destinasi. Macam biasa bila dah datang adalah sesi pendaftaran peserta. Sementara menanti yang lain tiba, kami dihidangkan sarapan pagi. Menu sarapan mee goreng, kuih dan air kopi/teh. Memang itulah yang dinanti sebab tak sarapan dulu kan sebelum gerak. haha. Dah siap sarapan bermulalah taklimat kami yang berlangsung dengan penuh santai. Taklimat ni lebih kepada penerangan pihak SKMM untuk bagi kami sebagai petugas yang bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat kepada komuniti bila balik ke tempat kerja memasing. Jadi mana-mana isu yang kami kurang jelas, masa inilah kami akan bertanya secara langsung kepada mereka. So far, Oshin dan rakan-rakan jelas dan faham tentang misi yang perlu kami jayakan.


mula-mula rasa besar sangat dengan tanggungjawab yang kami perlu laksanakan ni. Tapi lepas dapat penerangan dari pihak atasan ni, rasa kelegaan sikit sebab pihak mereka memudahkan kerja kami. Alhamdulillah walau KPI yang diberi agak memberi cabaran tapi insyaAllah Oshin dan rakan-rakan berusaha sehabis baik untuk mengejar. Itulah namanya cabaran dan dugaan bekerja kan. Barulah terasa keberkatan duit yang kita dapat setiap bulan tu. cewahhh.




Makan tengahari jangan cakap lah. Macam-macam menu ada. Dari kari kepala ikan, steak black pepper, ikan salmon, aiskrim, kek, kuih, sup ayam, nasi ayam dan macam-macam lagilah menu. Memang rambang mata nak pilih menu. haha. Jangan ingat badan kecik macam Oshin ni makan sikit. Kalau boleh semua makanan tu nak rasa tapi pakkal lah ada besi kat gigi ni kena lah beringat juga mana-mana yang tak boleh digigit tu. haha. Dah selesai makan tengahari masa untuk taklimat balik waktu petang. Sesi petang lebih kepada TOT atau Train of Trainer. Rasanya ramai yang faham maksud TOT tu kan. Kami pun biasa dah cuma nak mantapkan lagi pengetahuan tentang topik dan tugas untuk kami jalankan nanti.

Lebih kurang jam 4.00 petang sesi taklimat kami habis. Tak lupa ada minum petang juga. haha. Menu lagi mengancam bila disediakan kepak ayam, popia goreng dan kuih-muih yang pelbagai jenis. Popia dia memang mantap. Rangup dan lazat. Terasa nak bungkus tapi segan lah pulak ngan adik yang kerja kat hotel tu. haha. Sangat muka tak malu kan. So korang taulah sekarang Oshin kerja apa kan. Selama ni nak secretlah konon tapi sejak tugas memerlukan untuk perkenalkan fungsi Pusat Internet 1 Malaysia ni maka Oshin reveal lah sikit demi sikit.

So lepas abis taklimat sesi mengukur jalan pun berlaku. Panjangkan langkah ke Plaza Pelangi untuk tengok SALE yang dibuat Popular untuk Member Card. Serius murah barang-barang yang dipamerkan. Tapi hanya yang memiliki kad sahaja boleh masuk dengan membawa 2 orang lain. Jadi pakatlah dengan kawan-kawan yang ada member card Popular untuk bawak korang sekali. hee. Promosi dijalankan sehingga 31 Mac 2013. Jangan ketinggalan !

3 ulasan:

Unknown berkata...

Nk tanye, waktu bekerja pengurus dgn penolong pengurus ikut office hour ke?

oshin berkata...

Jai : waktu bekerja jam 9.00am sampai 6 pm...hari cuti adalah weekdays dan weekend adalah hari bekerja :)

Tanpa Nama berkata...

sebelum tu..masa temuduga nak tanya guna bi or bm?