8 Mac 2013

Kelas Pengenalan Kump 2

Assalamualaikum..

Hari ni Oshin nak kongsi lagi pengalaman mengajar adik-adik tentang komputer. Kali ni Oshin berhadapan dengan belia yang belajar di Giatmara. Ada yang masuk dari lepasan PMR, SPM, STPM dan juga STAM. Permulaan kelas macam biasa sesi pengenalan diri tenaga pengajar iaitu Oshin dan rakan-rakan lain. Lepas tu berkenalan pula dengan adik-adik Giatmara. Actually ni kelas kedua yang Oshin handle yang mana ada 4 kumpulan yang Oshin dan kawan-kawan perlu ajar. Kumpulan pertama hari Isnin kelmarin.

So far, adik-adik dalam group ni majoriti dah faham penggunaan komputer dan biasa dengan Internet. Sebagai permulaan Oshin uji pengetahuan mereka dengan perkara asas tentang komputer. Sama ada mereka tau apa itu komputer, apa itu perkakasan dan apa itu perisian. Sesetengah memang dah tau dan arif tentang komponen komputer tapi ada juga yang selalu guna tapi tak tau apa nama komponen tersebut. Sama juga macam kita kan, bila tanya pasal komputer bukan main lancar bagitau kita pandai tapi bila tanya tentang perkakasan atau perisian memasing terdiam, garu kepala, tunduk bawah dan macam-macam gaya boleh kita lihat.

Sambil mengajar Oshin bagi latihan mengikut modul yang diberi. Supaya mereka bukan sekadar ingat dan lupa lepas tu tapi menjadi panduan dan bacaan jika terlupa satu hari nanti. Untuk kumpulan kedua ni majoriti adik-adik memang pandai guna komputer dan tau fungsi serta kegunaan setiap komponen. Syabas ! Di samping itu Oshin selitkan juga program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) iaitu Klik Dengan Bijak (KDB).

Di sini Oshin memberi taklimat tentang kesedaran dan panduan keselamatan penggunaan Internet. Oshin kongsikan ilmu tentang kebaikkan dan keburukkan menggunakan Internet. Perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa melayari Internet. Oshin harap adik-adik ni dapatlah gunakan Internet sebaik mungkin. Terutama bagi para gadis yang suka memuatnaik gambar di Facebook atau mana-mana laman sosial. Untuk kelas ini alhamdulillah Oshin berpuas hati dengan tahap pemahaman mereka dan tumpuan yang diberikan. Thumbs up !

1 ulasan: