Pages

7 Mac 2013

Kelas Blog

Assalamualaikum..

Bertemu kita lagi di alam maya melalui blog picisan Oshin ni. hehe. Bermadah lah pulak kan. So sementara mencari mood untuk sambung update cerita kat Sabah yang dah berbulan tu, maka Oshin kongsi dengan u ols pengalaman Oshin hari ni.

So, pagi tadi Oshin pergi meeting atau perjumpaan santai dengan rakan sekerja lain. Memandangkan minggu depan ada meeting dengan Big Boss maka kami bertemu secara peribadi dulu di kalangan sesama kami. Banyak lah topik yang dibincang dan pastinya ada yang ke laut. hehe. Biasalah bila berbincang mana boleh terlalu serius nanti orang tidur. So adalah selit-selit gurau senda antara kami.

Petang pulak Oshin diminta untuk mengajar blog buat adik-adik Form 6. Macam biasa kelas pertama Oshin mesti blur-blur plus berdebar nak berdepan dengan sesiapa even adik-adik. Konon nak kata pemalu lah sekarang ni. kahkahkah. Tapi sepanjang mengajar Alhamdulillah adik-adik ni beri fokus dan tunjuk minat untuk belajar. Tapi harap bukan fokus ke gigi besi Oshin yang purple pink ni sudah lah. haha.

Ikutkan Oshin tak lah pandai mana nak mengajar orang ni. Tapi setakat kongsi ilmu untuk yang asas insyaAllah Oshin boleh bantu. Setiap kali ada permintaan untuk kelas blog, mesti Oshin akan dipanggil untuk ajar. hehe. Apa salahnya kongsi ilmu kita kan even sebesar zarah pon. Tak rugi mana pun sebab pahala yang kita dapat berkali ganda. Tapi kalau mengajar mengharapkan imbuhan tu macam mana eh ? Apa pandangan kawan-kawan ? Pada Oshin itu urusan dengan Allah lah sebab niat masing-masing kan.

Tapi yang buat Oshin terkejut bila nak balik, cikgu yang turut serta serahkan satu sampul surat. Katanya cenderahati untuk kami. Memula tu memang tolak lah sebab kita mengajar secara percuma. Oshin tak bukak pon sampul surat tu dan tak tau apa isinya. Oshin ingatkan kad jemputan kahwinlah. haha. Polos pemikiran ai kan. leulz. Dah masuk kereta nak balik ofis, Oshin bukak lah dan sangat terkejut ada sejumlah wang. Oshin memang berat nak amik sebenarnya sebab tak pernah mengharap apa-apa bila mengajar orang ni.

Akak-akak yang turut serta dengan Oshin pulak katanya suruh Oshin amik semua sebab Oshin yang mengajar. ermmm. Tak sedap lah kan sebab amik sensorang. Tapi Oshin dah niat nanti Oshin nak belanja diorang semua something. Akak-akak ni banyak bantu Oshin dari segi ilmu, program bersama dan idea untuk buat aktiviti. Tak terbalas jasa diorang pada Oshin. Memandangkan Oshin paling muda dikalangan mereka berdua, kira dah macam adik lah. Selalu kesian kat Oshin ni pasal susah nak cari orang datang bila buat program. Thank you so much Kak Aifaa dan Kak Asiah !

Semoga ilmu yang Oshin curah tadi dapat digunakan adik-adik tadi dengan sebaiknya. Aaminnnn.

3 ulasan:

Afiq berkata...

singgah sini...wah menarik entri ni :)

Nur Zulaikha berkata...

wahhhh..ade bakat jd cikgu ni..hehehe

AenuMiza berkata...

wah best ye ada wat kelas blog..kalo dpt join best gak ni