Pages

6 Februari 2013

Trip To Sabah : Day 3

Assalamualaikum...

Meet again ! Oshin sambung story untuk hari ketiga dan keempat. Setelah puas merehatkan badan dan mata kerana keletihan snorkellling di Pulau Sapi, pagi ni kami sekali lagi berkunjung ke salah satu tempat menarik untuk dikunjungi. Tempat ni memang sangatlah menyejukkan mata memandang. Lebih kurang 40 minit perjalanan ke tempat yang dituju. Tertanya-tanya tempat yang Oshin maksudkan ?
Sesiapa yang suka mandi air terjun dan ingin menikmati kesejukkan air terjun bolehlah ke sini. Tak silap Oshin ada 3 tingkat air terjun ni tapi kami pilih yang bawah. Itupun kesejukkan dia tak boleh nak dikata. Memang sejuk yang amat. Hanya mampu rendam separuh badan saje. haha.
Gadis Manis
Bayaran masuk hanyalah RM1.50 untuk dewasa dan RM 0.50 untuk kanak-kanak. Murahkan ? Datang pagi memang takde orang langsung. Kalau adapun mungkin bahagian atas. Hanya Oyen, Pyan dan Razzi jak mandi manda di sini. Kami si gadis-gadis ayu hanya merendam kaki dan berposing sakan bergambar yang di'snap' oleh Uncle Sam. Sambil makan cikedis dan jadi model air tin milo dan 100 plus. kahkahkah.




Memang rugilah Oshin pasal tak mandi kat sini. haha. Tapi takpelah mungkin lain kali datang boleh mandi berendam lelama. (entah bilalah kan). Oshin galakkan lah uols datang ke sini untuk nikmati keindahan alam semulajadi kurniaan Allah s.w.t. Mengikut kata Uncle Sam, ayah Dian, pusat pelacongan ni memang jarang dikunjungi sebab tak dapat promosi meluas sangat. Jadi Oshin nak promot ke korang untuk datang ke Air Terjun Kiansom, Inanam ni.

Lepas puas menikmati keindahan alam, kami pulang ke rumah dan packing barang untuk ke Kundasang, Ranau. Tapi malam tu kami bermalam di Mimpian Jadi Resort, Tuaran. Sangat best sebab bilik ada jakuzi. Katil pon besar boleh tidur dua tiga orang satu katil. Tak sempat nak nikmati pemandangan sebab sampai dah gelap gelita. Tapi telinga dah menangkap bunyi ombak di persisiran pantai. Macam seronok je. Makan malam kami di Pekan Tuaran, nama kedai D' Rasa Restoran. Memang puas hati makan kat sini sebab nasi menimbun. Komfem tak habis kalau yang kurus melidi macam Oshin ni makan. Siap bungkus lagi bawak balik Resort.

Dah posing sakan, perjalanan pun bermula ke Kota Belud berhenti sarapan dan menuju ke Simpang Mengayau. Tapi untuk story tu Oshin masuk entry lain sebab gambar tak siap edit lagi. Nantikanlah ye :)

2 ulasan:

Cik Nor berkata...

bestnya..:)

Mehmet Wie berkata...

Wahh.. Bestnya.. Lain kali pergi Sabah kena terjah air terjun ni pulak lah..