Pages

4 Februari 2013

Trip To Sabah : Day 1 & 2

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan sebelum ni, Oshin sedaya upaya untuk kongsi cerita tentang percutian ke Sabah kali ni. Untuk entry percutian ni Oshin menaip gaya bahasa bersahaja tanpa skema. Harap tak bosan lah membaca. Oshin memang suka taip panjang. Check it out !

Flight ke Sabah pada 21 Januari 2013 jam 9.45 pagi. Ayah tolong hantar ke airport Senai. Oh ya, Oshin ke Sabah bersama akak Oshin. Selesai urusan bagasi dan check in (buat secara online sebab FREE) tunggulah kapal terbang. Teruja sebab dapat naik Airbus Flight. Sungguh selesa dan mendebarkan. haha.

Airbus Air Asia
Sampai jak airport setelkan urusan imigresen (bagi pelancong dari Semenanjung akan diberi satu kertas sebagai pas lawatan. Pas ni kena simpan dan diserahkan masa nak pulang semula ke Semenanjung. Jangan hilangkan tau! Tempoh pas lawatan ni dalam 90 hari sahaja. Tidak boleh digunakan sebagai pas kerja). Keluar balai pelepasan nampaklah cik adik manis Miszydian sedang menanti bersama si cilik, Pyan dan Uncle Sam (daddy Dian). Destinasi pertama dituju adalah kedai makan kemudian ke 1Borneo. Malam tu satu family berpiknik kat Waterfront sampai jam 12 malam.

Esoknya perjalanan pertama adalah ke Pulau Sapi. Lepas tanya kaunter total ke Pulau Sapi RM27 (harga diskaun untuk pelajar kalau tak silap), campur sekali dengan snorkelling pakej RM15. Tapi bila sampai ke Pulau akan ada lagi bayaran untuk masuk. Murah jak untuk warga negara Malaysia.

Bayaran masuk ke Pulau Sapi untuk pengetahuan semua :-

Pengunjung luar negara berumur 18 tahun ke atas - RM 10.00
Pengunjung luar negara berumur 18 tahun ke bawah - RM 6.00
Warganegara berumur 18 tahun ke atas - RM 3.00
Warganegara berumur 18 tahun ke bawah - RM 1.00
Warganegara (warga tua) - RM 1.00
Warganegara bagi pelajar berumur 16 tahun ke bawah - RM 0.50
 
Tak silap masa ni jam 10 atau 11 pagi. Memang matahari dah naik terpacak la atas kepala. Kalau takut sunburn sila pakai sun block sebotol. haha. So far Pulau Sapi tak ramai pengunjung sangat berbanding Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Di sini pelbagai jenis ikan boleh kita jumpa. Yang tak pernah jumpa lagilah banyak spesisnya. Air sangat jernih dan pemandangan yang sangat mengasyikkan.

Waktu ni angin boleh tahan bertiup kuat dan kencang. Berenang ke bahagian dalam memang mudah tapi nak kembali ke persisiran tak bergerak langsung. Kesian sungguh Oshin. Terpaksalah berpaut pada Dian dengan mengapungkan diri dan Dian tarik. Tapi lepas tu tak jejak pulak kaki ke dasar laut. Bertukar posisi pulak yang mana Oshin tarik Dian. Nak berenang tak bergerak jadi berjalan kaki dalam air saja lah ke tepi pantai. haha.

Hampir sejam menanti bot laju mengambil kami. Sepatutnya bot memang datang jam 4 petang tapi jam 3 petang kami dah siap semua. Jadi duduklah kami mencuci mata lihat pelancong luar bermandi manda, berjemur sakan di bawah panas matahari terik sambil baca buku. Sang lelaki memang terpegun lah tengok minah saleh seksi berjemur. kahkahkah. Biasalah rezeki dan nikmat dunia kata orang.

Balik rumah semua lepak kepenatan. Perenang hebat baru balik latihan katanya. Hebatlah sangat padahal berenang pon pakai life jacket. haha. Itu Oshinlah sebab tak pandai nak berenang ke tepi pantai sampai kena tarik tangan. kah3. Jadi aktiviti malam tu kami hanya bersenang lenang di rumah merehatkan badan.

Oh ya, untuk ke Pulau sila naik feri di Jesselton Point ok. Korang jugak boleh adakan aktiviti Hoping Island kalau berminatlah. Cuma harga berbeza sikitlah dan Oshin pon tak pasti berapa. Tapi ramai agen yang boleh bantu di Jesselton Point tu. Sampai sini dulu. Ada lagi kisah sambungan. Tunggu.....

4 ulasan:

Anum berkata...

syoknya

Cik Nor berkata...

bestnya..:)

AenuMiza berkata...

untung la..jeles ermmm hihi

Unknown berkata...

rase-rase bole dikategorikan 18 thn ke bwh x? hehe