Pages

6 Februari 2013

Pusing, Geleng, Teleng, Telangkup

Assalamualaikum,

Lari sebentar dari entry cuti-cutian ke Sabah. Lari sebentar dari entry yang skema dan penuh bahasa mengikut kata. Melalut ke laut memang kepandaian yang terserlah sejak mula berblog dahulu. Maaflah andai entry kali ni sangat melalut dan kelaut ye wahai teman.

Bermula akhir tahun lepas terasa bebanan yang sungguh berat. Tapi ini semua dugaan dan amanah yang perlu dijalankan untuk mendapat keberkatan. Bukan berniat ingin mengeluh atau menyesal dengan apa yang dilalui cuma ingin berkongsi rasa bersama pembaca dan pengikut yang setia. Setiakah anda ? Tepuk dada sakit sendiri yang tanggung.

Demi mencapai tujuan pihak-pihak berkaitan terasa penuh jadual hingga terasa ingin menambah hari dan tarikh bagi satu-satu bulan. Kini Febuari dah menjengah untuk beberapa hari dan bakal berakhir juga dalam masa beberapa minggu. Ah, entah apa yang perlu aku lakukan. Jika aku sempat menghapdet blog dalam beberapa minit takkan lah aku tidak sempat untuk selesaikan segala kerja yang diberikan. Ye, aku mampu !

Tapi tugasan itu tidaklah semudah untuk aku reka ayat seperti diblog. Tugasan yang memerlukan aku berfikir sedalam-dalamnya mencari cara yang kreatif, inovatif dan menarik untuk membantu, menarik minat dan perhatian orang sekeliling. Nampak mudah pekerjaan aku ini tapi tak semudah bagi yang melaluinya. Ya, setiap tugasan ada cabaran dan dugaan tersendiri. Setahun yang lalu aku boleh bergoyang kaki tanpa tugasan yang berat, tahun 2013 adalah cabarannya.

Bertambah lagi bila aku bakal menjadi pelajar sekali lagi. Namun aku tidak boleh menyesal kerana itu adalah pilihan hati sendiri. Aku sendiri yang pilih jalan ini dan aku sendiri yang nekad untuk buat keputusan ini. Jadi, aku harus kuatkan diri dan yakinkan diri untuk seimbangkan antara kerjaya dan cita-cita. Ye, aku mampu ! Inilah cabaran untuk diri aku sendiri untuk terus maju dan menerima sahutan dan cabaran. Semoga aku akan terus maju dan berjaya menghadapi segalanya. Doakan Oshin wahai teman !

1 ulasan:

kaizen berkata...

welkem bek to student life!!!