Pages

19 Januari 2013

Petua Mendapatkan Bayi Kembar

Assalamualaikum

Atas permintaan dari beberapa rakan, Oshin cuba buat carian di laman sesawang mengenai petua mendapatkan bayi kembar. Agak susah juga kerana kebanyakkannya hanya berkongsi kesusahpayahan ketika mengandungkan bayi kembar. Tapi ada satu laman blog yang Oshin jumpa berkongsi mengenai tips kehamilan dan salah satunya mengenai petua mendapatkan anak kembar. Walau tidaklah terlalu banyak tapi mungkin boleh digunakan sebagai rujukan.


Antara petua yang diberi adalah :

1) Genetik

Sekiranya ada dikalangan ahli keluarga atau saudara mara terdekat ataupun salahsilah keluarga anda yang ada melahirkan bayi kembar, kemungkinan untuk anda mengandung anak kembar adalah tinggi. Bagi yang mempunyai sejarah ahli keluarga kembar ini, kebiasaannya penghasilan 2 ovum secara serentak akan berlaku.

2) Umur

Wanita yang berumur sekitar 35-40 tahun lebih cenderung untuk mendapatkan anak kembar. Ini kerana pada umur sebegini kebanyakkan wanita akan mengambil rawatan kesuburan. Ini kerana semasa proses ovulasi, kemungkinan penghasilan lebih dari satu ovum akan terjadi kerana diganggu oleh proses perimenopaus.

3) Bilangan Anak

Semakin ramai anak yang dilahirkan, semakin mudah peluang untuk mendapatkan anak kembar. Wallahualam.

4) Berat Dan Ketinggian

Wanita yang tinggi dan mempunyai berat badan sedikit lebih mempunyai kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar.

5) Diet

Pengambilan makanan yang mempunyai kandungan estrogen yang tinggi juga mampu membantu wanita yang inginkan kehamilan anak kembar.

6) Fertility Drug

Pengambilan ubat kesuburan memberi kebarangkalian tinggi untuk menghasilkan 2 ovum pada satu masa yang sama. Dan ini juga boleh membantu wanita untuk mendapatkan anak kembar.

Kredit : Bukan Blog Kamu
Boleh rujuk kat sini juga >> How To Get Twins Baby

P/s :  Ada juga yang berpendapat untuk mendapatkan anak kembar, cubalah makan pisang kembar, ubi kembar atau apa sahaja makanan yang berkembar. Kecuali Menara Kembar Petronas. haha.

3 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum oshin....wah memang menarik info ini suka sgt ngan anak kembar ni...;)

Nadia Johari berkata...

nad pun nk sgt ank kmbr..

Tanpa Nama berkata...

Perkongsian info yang sangat menarik. Thanks admin. :)