10 Januari 2013

Penjagaan Mata

Assalamualaikum

Mata adalah salah satu kurniaan dari Allah untuk kita melihat, membaca, menghayati keindahan ciptaan DIA dan lain-lain. Jadi ia salah satu amanah dari Allah untuk kita menjaga dengan baik. Tapi kadang kala pelbagai faktor menyebabkan mata kita jadi bermasalah. Jadi Oshin nak kongsi tips dari SINI mengenai penjagaan mata yang betul.

1) Menonton Televisyen
- Pastikan jarak diri anda dan televisyen melebihi 2 meter.
- Tidak digalakkan menonton sambil berbaring.
- Jika dalam jarak yang jauh anda mempunyai masalah untuk menonton disyorkan untuk membuat pemeriksaan dengan pakar mata.

2) Membaca Buku
- Tidak digalakkan untuk membaca sambil berbaring
- Elakkan membaca dalam suasana yang suram

3) Bermain Komputer
- Alihkan pandangan ke arah lain setiap 10 minit selepas memandang skrin komputer
- Lakukan aktiviti regangan dan luruskan badan bagi menghalang kesakitan di bahagian leher dan badan belakang.
- Jika anda memakai cermin mata atau kanta lekap, pastikan pencahayaan di ruangan anda mencukupi dan membantu semasa menggunakan komputer

Tips tambahan :
1) Dinasihatkan untuk TIDAK melihat pornografi atau bahan lucah
2) Tidak melihat najis dan kemaluan
3) Pandang tumbuh-tumbuhan dan alam semesta yang disediakan penciptaNya
4) Baca Al-Quran

Semoga sedikit sebanyak info ni memberi ilmu dan pengetahuan sikit pada teman-teman :)

4 ulasan:

Qye berkata...

waa tips yang berguna hehe kebeulan mata ni agak rabuns .... thnkz

^^eKaTiKaH^^ berkata...

kite terlalu kerap hadap laptop. akibatnya sekarang dah kene pakai cermin mata T___T

Zehan Ilyana berkata...

wah..nice info..:)

AenuMiza berkata...

dah byk info la skag ni good job (kata wulan)