Pages

10 Januari 2013

Penjagaan Mahkota Wanita

Assalamualaikum...

Rambut adalah mahkota wanita yang perlu dijaga dan dibelai supaya sentiasa segar dan sihat. Sama seperti muka yang perlukan penjagaan rapi supaya kelihatan bersih, anjal dan berseri-seri. Tapi seringkali ada yang mengabaikan penjagaan rambut terutama bagi yang bertudung. Mungkin kita rasa apa yang dibuat selama ini dah cukup penjagaannya tapi ada juga yang tersilap cara. Jadi Oshin nak kongsi serba sedikit tentang penjagaan rambut - Mahkota Wanita.

1) Tidak Perlu Mencuci

Erti kata di sini bukanlah tak perlu dicuci langsung. Maksudnya pencucian rambut yang lebih baik. Kalau yang suka cuci rambut setiap hari terutama yang bertudung agak kurang baik sebenarnya. Terutama bagi yang suka mencuci di waktu pagi. Tidak kira sepanjang mana rambut anda, tapi sebelum mengenakan tudung anda harus pastikan yang rambut dicuci telah benar-benar kering. Walau gunakan pengering rambut, ia tetap tidak kering sepenuhnya. Sebaiknya cucilah tiga kali seminggu pada hari bekerja (lepas waktu kerja) dan selebihnya hari minggu. Keringkan secara semulajadi dan jangan dibungkus guna tuala.


2) Pilih Kain Tudung Berfabrik Lembut

Jika waktu bekerja dari 8am hingga 5pm atau 9am hingga 6pm (macam Oshin) bayangkan berapa lama rambut kita terperap. Pasti akan menjadi ketidakselesaan pada diri kan. Sebaiknya memilih kain tudung yang berfabrik lembut seperti bawal dan elakkan kain tudung fabrik kapas. Kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk kulit kepala dan rambut anda. Kalau selesa tanpa serkup kepala, pastikan tudung di pin dengan baik agar rambut tidak terkeluar (tapi Oshin tak galakkan sebab nampak aurat - rambut dan leher).


3) Merawat Rambut

Sebulan sekali buat pemeriksaan ada sel rambut mati atau hujung rambut terbelah. Berbelanjalah sikit untuk mahkota kita supaya sentiasa sihat dan tidak gugur. Kalau satu masa dulu rambut lebat tapi tanpa penjagaan rapi semakin menipis rambut. Jangan nanti sampai ada yang menegur kepala kita semakin botak #eh

4) Penggunaan Syampu dan Perapi Yang Betul

Kadangkala kita suka mencuba pelbagai jenis syampu sebab tergoda dengan iklan 'Guna Jari Pun Boleh'. haha. Tapi awas ! Itu salah satu punca kenapa rambut mudah rosak. Sebaiknya bila kita dah selesa dengan sesuatu syampu sila kekalkan. Dapatkan info tentang cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Jika keadaan semakin membimbangkan jumpalah pakar rambut untuk selesaikan. (mungkinkah Yun Nam penyelesaiannya ? haha). Setelah selesai membuat cucian pastikan rambut dikeringkan dengan sempurna sebelum diikat atau memakai tudung.

5) Mendapatkan Rehat Yang Sempurna

Setelah penat seharian di pejabat mahupun pulang bersiar-siar, rehatkan dulu badan dan kepala kita. Pastikan tudung dibuka dahulu dan lepaskan ikatan rambut supaya ia boleh bernafas. Sama seperti badan yang berpeluh, kita perluu keringkan peluh dulu sebelum mandi untuk mengelakkan panau. Rambut juga perlu dibiarkan kering dan bebas dari wap terkepam lama dalam tudung sebelum dicuci dan dibilas.

P/S : Ini adalah beberapa tips yang Oshin dapat kongsi bersama kawan-kawan terutama yang bertudung. Sama-sama kita amalkan ye kawan-kawan. Tips ini Oshin dapat dari SINI. Gambar pula ehsan dari Google Image.

4 ulasan:

Unknown berkata...

tips yg bagus, tp mungkin banyak yg amik mudah..

Cik Nor berkata...

Good sharing..:)

kaizen berkata...

ok fwd kt bakal2 bini hahaha

KuNanGKuNanG berkata...

mmg bagi yg bertudung cm kite kene lebih penjagaan..