Pages

11 Januari 2013

Bahaya ! Guna Hanphone Semasa Memandu

Assalamualaikum

Penggunaan telefon bimbit semakin menular di kalangan setiap orang. Tak kira sama ada kanak-kanak, dewasa mahupun warga emas. Hampir setiap seorang memiliki sekurang-kurangnya sebiji telefon bimbit. Tapi bagaimana cara anda gunakan telefon itu ? Membuat panggilan semasa memandu itu perkara normal yang kita biasa lihat di jalan raya.

Kadangkala kita jadi sakit hati dengan orang yang jawab telefon lepas tu bawak macam berdating. Aduhai, kalau ye pun tak boleh jawab telefon sambil fokus ke jalan raya, ada baiknya berhenti kat tepi dulu dan selesaikan perbualan. Cara anda tu bukan sahaja bahayakan nyawa sendiri malah juga pengguna lain di jalan raya.
Kini bukan sahaja masalah guna telefon membuat panggilan atau menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) malah makin hebat bila sambil memandu boleh bermain Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp, BBM dan macam-macam lagi. Mungkin ada sesetengah pemandu yang ingin memuatnaik status tentang kesesakkan jalan raya yang dilalui tapi tanpa sedar bahaya tu ada di mana-mana. Kadang kala terlalu berhati-hati pun masih juga berlaku kemalangan. Bak kata pepatah, "Malang Tidak Berbau"

Tahukah anda tindakan memuatnaik gambar semasa memandu boleh dikenakan denda RM300 di bawah Seksyen 17A(1) Akta Pengangkutan Jalan jika dikesan ? Kadang kala keseronokkan kita boleh bertukar menjadi kesedihan akibat kecuaian diri sendiri. Akses ke rangkaian sosial dalam beberapa saat dapat mengalihkan pandangan kita dari fokus ke arah pemanduan tapi kemalangan boleh terjadi kurang dari sesaat. Fikir-fikirkan dan renungkanlah wahai teman.

Oshin nak kongsikan satu video tentang bahana memuatnaik status di Facebook semasa memandu.

P/S : Ingatlah orang tersayang dan jadilah pemandu berhemah (Peringatan untuk Oshin jugak)

Kredit : mStar Online

4 ulasan:

Afiq berkata...

betul tu .Ada siap boleh ber sms lagi time memandu

hajar berkata...

mmg bahaya... harini my ofis mate pun kena langgar dari belakang akibat si pelanggarnye sdg sibuk dgn tel bimbit..

Yanty Lee berkata...

admit its dangerous tpi kdg2 tpksa jawab the text n call tpi slow down r.

RemoveMyName berkata...

paling risau tengok orang sms atas motor...terhoyong hayang...bahaya betul~