Pages

7 November 2012

Gambar Seribu Erti

okeh tetiba time nak balik lah baru ada semangat nak hapdet blog kan. hehe. ala, biasalah tu waktu kerja awal-awal kepala sentiasa berpikir. tapi tak tau la apa yang difikirkan. so sesapa yang dah tengok post Oshin sebelum ni. meh Oshin nak rungkaikan sikit pasal gambar tu.

alkisahnya Oshin dah lama tak hapdet blog kan. sebenarnya Oshin pergi kursus kat Klana Resort, Seremban untuk 4 hari. biasalah kursus tahunan untuk kerja macam Oshin ni. hihi. seronok la kan pergi kursus dapat makan free, tido hotel free. sedap tak sedap tempat or makanan tu Oshin okey je.

so kursus kali ni more to cara kawal emosi dan stress di tempat kerja. so ada lah kelas dan game yang mereka sediakan untuk kami. kebanyakkan yang disediakan lebih kepada untuk melihat kerjasama antara kami memandangkan Oshin dan kawan-kawan bekerja untuk komuniti dan orang ramai. so diajar la teknik pernafasan yang betul, cara hilangkan stress dan macam-macam lagi.

so gambar tu pulak diambil semasa aktiviti senamrobik pepagi buta. pagi tu kami buat macam-macam aksi diketuai oleh Alin dari Pemangkin. memula buat regangan badan, pastu poco-poco, pastu aksi tumbuk menumbuk macam askar. Encik yang sebelah Oshin yang ala-ala kena tumbuk tu ialah Facilitator kami iaitu Tuan Haji Abdul Samat bin Kasah. seorang yang sangat kelakar dan friendly. masa tu tengah buat aksi tumbuk menumbuk la. kebetulan Tuan Haji aka ayahanda berdiri dekat ngan Oshin.

aksi ayahanda tu kira aksi spontan sebab tak boleh nak ikut rentak Alin. haha. Oshin pon tak expect yang cameraman focus masa tu. buat macam biasa je la ikut excercise. so balik kursus online facebook tengok ada gambar tu. hahaha. terkejut la jugak kan sebab entah bila depa snap pon tak tau. hahaha. tapi memang angle terbaik la gambar tu. nampak macam real kan. ape-ape pon maaf ye ayahanda sebab aksi garang terkeluar. hahaha.

ape-ape pon Oshin sangat enjoy dengan kursus ni. paling best bila kumpulan Oshin jadi juara keseluruhan untuk semua aktiviti yang dijalankan. thanks Pemangkin !
 

Tiada ulasan: