10 Oktober 2012

Resepi Sambal Lonte

Buat sesiapa yang ada follow Oshin kat twitter mesti ada tengok gambar ni. so seperti yang Oshin tweet semalam Oshin nak kongsi cara buat sambal mabeles ni. hihi. kalau ada yang dah tau takpela. Oshin cuma nak kongsi je :-)

Bahan-bahan diperlukan :

Bahan A
10 ulas bawang merah kecil
2 biji lada merah (dipatahkan kecil-kecil)
2 biji lada hijau (dipatahkan kecil-kecil)
cili padi (ikut suka berapa banyak)
belacan

Bahan B
Ikan Bilis

Cara buat :
1. Gorengkan ikan bilis sehingga garing
2. Goreng bahan A sekali jalan (guna minyak bekas goreng ikan bilis pon boleh)
3. Tumbuk bahan A satu persatu
- Lada hijau dan lada merah
- Bawang merah kecil
- Cili padi
- Belacan
4. Masukkan ikan bilis yang digoreng dan tumbuk sekali dengan bahan A. Tapi jangan hancur sangat ye.
5. Dah siap boleh lah hidang dengan nasi panas atau ubi rebus.

So, selamat mencuba !
Resepi ni Oshin buat ikut arahan dari mak. hehe. Dan sambal ni merupakan feveret arwah atok Oshin :-)
 

5 ulasan:

KuNanGKuNanG berkata...

resepi sambal baru ni. xpenah lgi dengar sblm ni. nak try gaklah.

Oshin berkata...

cuba jangan tak cuba..nanti kongsi ea rasa dia camne hihi

Salwa berkata...

I pun tak pernah buat lagi sambal camni. Nak try nanti insyaAllah. Terima kasih kongsi. ;)

Oshin berkata...

cubalah hihi sedapppp (ceh puji diri sendiri) most welcome :)

Anum berkata...

nyum2