15 Oktober 2012

Resepi Makaroni Goreng

Nampak sedap tak ?
Bahan-bahan memasak :
250g makaroni
Udang
1/2 ulas bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar tomato puree
2 sudu besar sos tiram
Belacan
cili padi (dipotong kecil)
1 batang cili merah (dihiris)
1 batang cili hijau (dihiris)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak
Cara memasak :-
1. Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. Pastikan dimasukkan sikit minyak masak ke dalam rebusan supaya makaroni tak melekat.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga sekata. Kemudian, masukkan tomato puree, sos tiram dan sedikit belacan. Masukkan sedikit air.
4. Masukkan udang dan kacau hingga hampir masak.
5. Masukkan cili merah, hijau dan makaroni seterusnya kacau hingga sekata.
6. Tabur garam dan gula secukup rasa. Hidangan telah pun siap.
p/s : Oshin first time buat ni dan Oshin rujuk pada laman web INI. Tapi adalah beberapa bahan yang Oshin tambah macam cili padi konon nak tambah pedas la kan. hihi. Ape-ape pun Selamat Mencuba !!!
 

Tiada ulasan: