Pages

12 Oktober 2012

Handphone Hilang ?

kisah ni terjadi pada ayah Oshin. hari Rabu baru ni ayah ke JB atas urusan mesyuarat jabatan dia la. so memandangkan pagi Khamis tu ada mesyuarat lain, so tidur terus la kat JB. menjadi permasalahan bagi ayah dan Oshin juga pasal henpon ni. entah kat mana charger ayah Oshin pergi. tetiba hilang dari pandangan. so tinggal lah satu charger untuk kami berkongsi pakai.

tapi bila ayah outstation memang ayah bawak lah charger tu. so Oshin termenung sensorang nak cas cemana. padahal boleh je beli baru kan. haha. macam last 2 weeks, ayah outstation kat KL seminggu so terkulat-kulat la nak cas henpon. nasib baik mak pakai BB yang charger dia boleh masuk kat henpon Oshin ni. eh asal lari tajuk ni. jap eh jap eh.

so ayah memang tak plan nak tidur JB tu. mungkin penat nak memandu balik walaupun 45 minit perjalanan. so ayah carilah hotel berdekatan tapi sayangnya ayah tak bawak charger. mak pesan pinjam je kat pekerja hotel. tapi ayah tak suka susahkan orang. so ayah pergi Angsana beli charger baru. so dah check in hotel tu sebelum tido cas la telefon kan. telefon pun letak atas katil.

dalam pukul 5 pagi tak silap ayah cerita semalam dia terjaga. lepas tu tengok henpon da takde kat sebelah. ayah da risau takkan ada orang pecah masuk kot. tengok pintu bilik tertutup rapat. cemana orang nak masuk bilik kalau camtu kan. Oshin tak pasti ayah tidur ke tak lepas tu. rasanya tak tidur kot sebab memikir mana henpon tu pergi.

lebih kurang jam 7 pagi ayah dengar bunyi SMS masuk dari henpon. cari punya cari rupanya jatuh belakang katil. mungkin masa tidur ayah tersenggol ke tertolak ke kan. jatuh la henpon tu jadinya. alahai kesian ayah. dah la sensorang tidur kat hotel tu. rasa nak nangis bila ingatkan balik. huhu. nasib la ada mesej dari kawan ayah tu. kalau tak mesti terbiar gitu je dalam bilik hotel. lepas ni ayah kene lebih hati-hati ye ayah.
 

2 ulasan:

Anum berkata...

ye la kena hati-hati kan

THE GREEN berkata...

Assalamualaikum...


saya just blogwalking kat sini. baru tahu pasal blog ni..

anyway kalau ada masa, silalah berkunjung ke blog saya. byk info menarik boleh dikongsi bersama.

happy blogging :-)


regards,
BLADE H