Pages

19 Mac 2012

diploma @ master ?


oshin dalam dilema nih. setelah beberapa tahun bekerja naluri untuk sambung belajar tu sentiasa ada. cuma memikirkan waktu yang tidak bersesuaian aduhai. terbantut segala niat. sebelum ni oshin berniat nak sambung Master bagi kos yang oshin amik. tapi bila dengar pengalaman dari kawan-kawan pasal kos ni. rasa seriau pun ada.

oshin ni kadang-kadang jenis hangat-hangat tahi ayam je. haha. awal je semangat lepas tu down. ngeh3. tak senonoh kan perangai. bila dipikirkan balik rasa nak cuba amik kos lain. dan memandangkan kerja sekarang ni lebih kepada management. maka oshin terfikir untuk amik Diploma in Management.

boleh tak kawan-kawan bagi tips untuk memudahkan pencarian oshin. semangat nak belajar tu memang kuat. tapi setakat ni oshin survey untuk Dip Management tu tak semua ada untuk PJJ. setakat ni oshin jumpa kat UM. kelas pun cuma hari ahad je. kalau sehari kira takde masalah kot.

tolong oshin buat pilihan boleh tak ? hihihi. memang la semua keputusan kat tangan oshin. cuma mintak tolong kawan-kawan meringankan oshin untuk buat keputusan. boleh kan ? oh ye. untuk pengetahuan sebelum ni oshin amik kos Sains Komputer untuk Degree. dah tanya mak dan adik beradik yang lain. diorang memang takde masalah. cuma sekarang nak mintak pandangan dari kawan-kawan.

1 ulasan:

Unknown berkata...

nak cepat fast trak...tapi kena bersungguh² la.....

master pun ok.....apapun semua kena belajar betul²