22 September 2011

soalan klise nak berkenalan :)

assalamualaikum...

ha korang watpe tu ? setengah hari suntuk oshin dok cari idea nak celoteh ape. celoteh la sangat kan. ececeh. padahal nak membebel je. haha. * abaikan *

oke. setiap kali kita berkenalan dengan seseorang mesti kita akan tanya soalan klise kan. apa soalan klise ? kura kura dalam perahu cik anon. pura pura tak tahu konon. sekeh nak ? haha. * gile budak ni *

soalan klise yang biasa =_="

~ sapa nama awak ?
~ umur awak berapa ?
~ awak tinggal kat mana ?
~ awak da keje ke masih belajar ?
~ awak da ada kapel ?
~ boleh kita kapel tak ?

oke. dua soalan last tu tipu ! haha. betul tak soalan soalan klise tu. nak berkenalan memang la tanya macam tu kan. sampaikan oshin kadang kadang boring dapat soalan sama. oshin tibai je jawab.

~ nama ai bedah
~ umur ai 40 tahun
~ ai tinggal kat malaysia
~ ai keje cuci pinggan lepas tu belajar abc

haha. sapa yang dapat jawapan macam ni memang bengang tahap dewa 2020 ler. lepas tu kompem die tobat tak nak kawan da ngan oshin. haha. buat sakit ati je cakap ngan budak oshin ni kan. cewah. tapi ada jugak la yang oshin cakap betul betul. tak tipu punya.

selalunya apa soalan yang korang biasa dapat bila kenal dengan seseorang ? ce kongsi !

1 ulasan:

MerLe berkata...

tgk dlu apa mksud 'nak berkenalan' tu.. ngn org yg mmg tak tau sape jumpa tepi jln, sy bg nama slh..x pun senyap je.. hehe