27 September 2011

Minah gigi besi !!!

assalamualaikum...

ha minggu lepas oshin ada cite kan pasal nak pasang braces. dan alhamdulillah oshin baru je selesai pasang. nak tau macam mana perasaan oshin tadi.

sejak dari beberapa ari lepas memang oshin tak senang duduk la. sebab ada yang kata sakit, susah dan macam macam la. memang oshin takut giler la. appointment oshin pukul 2 petang. mintak ayah pegi anta kan ke klinik.

memang berdebar sakan la dalam ati. macam macam pk. pemasangan ni dibuat seorang doc wanita yang sangat lembut orangnya. bila nak mulakan sesuatu akan dibaca Bismillah. dan bila apa yang dibuat da selesai dan nampak ok akan disebut Alhamdulillah. sejuk sikit hati yang berdebar ni.

mula mula doc buat scaling and cleaning gigi. lepas tu masukkan besi kat geraham. siyes tak rasa and tak sakit oke. memang superb doc ni. cermat dan teliti. da pasang tapak kat geraham baru dia letak satu persatu besi kat gigi.

da siap baru letak dawai untuk disambungkan semua besi. yang tak leh blah bila oshin disuruh bukak mulut luas luas. of coz la tak leh sebab mulut ni kecik je. tak leh nak nganga besar besar. tapi paksa kan jugak. haha. dulu penah kene macam tu. sampai terluka tepi bibir ni. macam terkoyak. huhu.

da siap pasang doc letak something kat gigi geraham. bila oshin gigit gigi atas dengan bawah takkan bercantum. jadi oshin takleh nak kunyah ape ape la. kene la cari sesuatu yang lembut untuk dimakan. tak dapat da nak makan nasi lemak lagi hari hari. haha. sadis tak ?

da siap semua pegi kaunter assistant doc bagi la barang barang untuk diguna. sekarang ni oshin rasa ok la. tak rasa sakit lagi. cuma kene disiplin tentang penjagaan je la ari ari kan. harap harap semuanya ok.

pssttt..takleh photoshoot sangat skang. tak comel la haha

8 ulasan:

Ummi_R❀salici❀us berkata...

nanti cerita laa lagi detail ea :D
umi pun tgh fikir nak pasang jugak nih
macam2 jugak bermain d fikiran...hehe

Si BuDaK KaChAk berkata...

kalau nak cantik kena la rase sakit tu...da lame nnt sakit tu sume da tak rase da...mule2 je akan ade ulcer

p/s: xpnh pakai pun tp byk mmber2 ckp mende yg same

Anum berkata...

penjagaan dia sangat rumit
anum hope semua akan ok

Bluewendy berkata...

hik3..nnti dah kemas n chantek lah gg die..=)

pika berkata...

welcome the the club heee . mula2 pakai sakit laah jugak tapi okey je ;')

Munna berkata...

letak la gmbr.. =)

Iz.Eusof (Abg Stalker) berkata...

psg besi brp K kne?xpe la..bole je shoot pasni tp jgn bukak mulut!hahaha

zareliqa afiqa berkata...

betul ke tak sakit? ada orang ckp bila mula2 pakai braces ni,mlm2 sakit gler.huhu=.= takut pulak rasanya.nak pakai ke tak nak..huhu

p/s:nanti cerita lagi yer^^