28 September 2011

Minah gigi besi part 2...

assalamualaikum...

ha tak sangka plak entry oshin kat sini dapat banyak feedback. hihi. oshin cuba jawab satu persatu ok. kita berkongsi pengalaman kan.

ada blogger yang mintak oshin hapdet terus pasal braces ni. insyaAllah oshin akan kongsi dengan kawan kawan macam mana nak jaga dan kesakitan yang perlu ditanggung. * sakit giler * haha (saje bagi cuak)

semalam lepas pakai memang ada rasa tak selesa sikit la. sebab terasa something kan kat bibir ni. tapi cuba biasakan je la. sampai ke malam oshin dok pikir nak makan ape. haha. sebab oshin tak leh nak kunyah. tapi oshin nak kongsi something.

malam tadi ada open house kat balai polis. ikutkan tak nak la pegi kan. sebab da tau tak leh nak suap ape ape. tapi oshin pk gak. kalau jamuan raya mesti ada nasi impit. takpon kuah sup. so oshin pegi la. dan seperti yang dijangka memang ada nasi impit cuma tak de kuah sup. yang ada kari ngan rendang.

oshin amik la nasi impit dan kuah rendang. macam mana makan ? of coz la kene kemam dan lenyek pakai lidah. haha. nampak macam seksa kan. tapi oshin rasa best la plak. sebab still boleh rasa kuah rendang tu. haha. *leh plak camtu*

balik dari open house seperti yang dinasihatkan doc kene berus gigi. antara barang yang diberi lepas treatment tu....

floss

 
berus untuk bersihkan celah celah gigi

berus gigi tapi berbeza dari yang biasa (ada lekuk kat tengah tengah)

toothpaste

plax untuk kumur kumur

ni oshin kongsi barang barang dulu ok. nanti cite pasal macam mana nak guna dan turutan die.

5 ulasan:

Iz.Eusof (Abg Stalker) berkata...

kwn abg ada pki braces.tp dia blasah je kunyah ais batu sume.mgkn dia da biasa pki kot.oshin pun nti lme2 ok la kn. :)

Oshin berkata...

yup...tgh cuba biasakan ni...nk kata sakit x jugak cuma ngilu sket...hihi

Oshin berkata...

yup...tgh cuba biasakan ni...nk kata sakit x jugak cuma ngilu sket...hihi

zareliqa afiqa berkata...

uwahh! banyaknye barang2.mau setengah jam bersihkan gigi dlm bilik air ni.hehe..nak tanya,bp ribu kena pakai braces ni? :D

Oshin berkata...

takde la lama sangat pon hihi. kalau baru tu maybe lama sebab takut tak tahan sakit kan :)

oshin buat dlm 4.5k...total semua dengan barang and treatment